Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Wednesday, January 24, 2018

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2018

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan (Malaysia) bagi tahun 2018.

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
25hb Januari 2018
Khamis
-
Februari
08hb Februari 2018
Khamis
Tahun Baru Cina 16 & 17hb Februari 2018
Mac
22hb Mac 2018
Khamis
-
April
25hb April 2018
Rabu
-
Mei
24hb Mei 2018
Khamis
Hari Pesta Keamatan 30 & 31hb Mei 2018
Jun
07hb Jun 2018
Khamis
Hari Gawai 01 & 02hb Jun 2018
Hari Raya Puasa 15 & 16hb Jun 2018
Julai
25hb Julai 2018
Rabu
-
Ogos
14hb Ogos 2018
Selasa
Hari Raya Haji 22hb Ogos 2018
September
25hb September 2018
Selasa
-
Oktober
25hb Oktober 2018
Khamis
-
November
22hb November 2018
Khamis
Hari Deepavali 06hb November 2018
Disember
18hb Disember 2018
Selasa
Hari Krismas 25hb Disember 2018

Sumber: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM BIL.6/2017) bertarikh 22hb Disember 2017.



Tuesday, December 27, 2016

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2017

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan (Malaysia) bagi tahun 2017.

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
19hb Januari 2017
Khamis
Tahun Baru Cina 28 & 29hb Januari 2017
Februari
23hb Februari 2017
Khamis
-
Mac
23hb Mac 2017
Khamis
-
April
25hb April 2017
Selasa
-
Mei
25hb Mei 2017
Khamis
-
Jun
15hb Jun 2017
Khamis
Hari Raya Puasa 25 & 26hb Jun 2017
Julai
25hb Julai 2017
Selasa
-
Ogos
24hb Ogos 2017
Khamis
-
September
25hb September 2017
Isnin
-
Oktober
11hb Oktober 2017
Rabu
Deepavali 18hb Oktober 2017
November
23hb November 2017
Khamis
-
Disember
21hb Disember 2017
Khamis
Hari Krismas 25hb Disember 2017

Sumber: Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Bilangan 4 Tahun 2016) bertarikh 28hb November 2016.



Wednesday, April 27, 2016

Gabenor Bank Negara Malaysia Baharu

Sumber: Utusan Online
Oleh: NORLIZA ABD RAHMAN, 27 April 2016 3:03 PM

Muhammad dilantik Gabenor Bank Negara

PUTRAJAYA 27 April - Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu bagi tempoh lima tahun bermula 1 Mei depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan tersebut dibuat hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat beliau.

“Saya yakin di bawah kepemimpinan beliau Bank Negara akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dalam mengawal selia industri kewangan negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara membangunkan industri kewangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Datuk Muhammad Ibrahim

Tuesday, February 02, 2016

2016 Tahun Lompat

Dalam tahun ini, 2016, bulan Februari mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari. Dengan kata lain, pada tahun 2016 ini, kita sekali lagi akan berjumpa dengan tarikh 29hb Februari. 

Kali terakhir tarikh 29hb Februari tercatat dalam kalendar ialah pada tahun 2012, iaitu 4 tahun yang lepas. Tahun-tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Lompat (Leap Year) dimana ianya akan berulang setiap 4 tahun sekali. Bilangan hari didalam tahun-tahun lompat adalah 366 hari.

Pada kebiasaannya, setiap tahun-tahun akan mempunyai 365 hari kecuali tahun-tahun lompat yang mempunyai 366 hari dimana 1 hari ditambah pada akhir bulan Februari (29hb Februari).


Taqwim yang diguna pakai pada zaman ini adalah bersandarkan kepada pergerakan Bumi mengelilingi Matahari, dimana satu pusingan lengkap Bumi mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu Tahun Suria.

Kebanyakan kalendar yang kita gunakan pada hari ini adalah kalendar Gregorian, yang mengambil sempena nama Pope Gregory, iaitu orang yang bertanggung-jawab membuat 'peningkatan' diatas kelemahan yang terdapat pada Taqwim Julian.

Tahun Lompat diwujudkan bertujuan untuk membuat penyelarasan terhadap masa. Pada perkiraan biasa, satu pusingan lengkap Bumi mengelilingi Matahari adalah 365 hari (setahun). Tetapi, bilangan hari yang sebenarnya lebih tepat untuk Bumi membuat satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari ialah lebih kurang 365.25 hari. Ini bermaksud, pada setiap satu tahun-tahun biasa mengikut Taqwim Gregory akan terdapat perbezaan sebanyak 0.25 hari (1/4 hari) berbanding dengan setiap 1 Tahun Suria.

Oleh itu, pada selang setiap 4 tahun, bilangan 0.25 hari (1/4 hari) tersebut dikumpulkan menjadikannya sebagai 1 hari, yang menjadikan bilangan hari pada tahun tersebut adalah 366 hari. Tahun yang mempunyai 366 hari inilah yang dikenali sebagai Tahun Lompat dimana bilangan 1 hari tambahan itu adalah pada 29hb Februari, dan yang paling hampir ini adalah pada 29hb Februari 2016.

Info di atas adalah cuma penerangan ringkas untuk menceritakan asas bagaimana dan apa itu Tahun Lompat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Tahun Lompat, sila rujuk 'Leap Year'

Tarikh 29hb Februari 2016 adalah jatuh pada hari Isnin. Cuma yang menjadi kemusykilan ialah... Bagaimana agaknya orang-orang yang lahir pada tarikh 29hb Februari ini menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran mereka, adakah disambut setiap 4 tahun sekali, atau dipilihnya tarikh lain sebagai ganti, atau tak sambut langsung :) :) :)

Sunday, January 31, 2016

Program Pendedahan Awal Sunnah Berkuda dan Memanah

Program Pendedahan Awal Sunnah Berkuda dan Memanah ini dianjurkan oleh MAEPS Management Sdn Bhd bersama Rubinga Heritage, seperti berikut:

Tarikh: 31hb Januari 2016 (Ahad)
Masa: 8.00 - 12.00 tengahari
Lokasi: Laman Ternakan MAEPS Serdang


Peserta adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah telah menghantar penyertaan seramai 40 orang ke program tersebut.


Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg Datuk Dr. Hj. Mohamad Satim Diman, yang juga menerangkan serba sedikit tentang sejarah memanah & berkuda ini (rekreasi Nabi Muhammad s.a.w.: berkuda, memanah dan berenang).

Program diteruskan dengan penerangan tentang sukan berkuda oleh Encik Roslan, Pengasas Rubinga Heritage dan Kolonel Fakrur Razi yang menceritakan tentang:
  • Tentera Unit Berkuda di Istana Negara, Malaysia.
  • Disiplin berkuda (jumping, cross country, archery on horse back, polo, dll).
  • Berkuda sebagai medium perubatan.
  • Kelebihan sukan berkuda, meningkatkan kekuatan fokus, kekuatan jati diri, dan sifat kepimpinan. 

Penerangan tentang sukan memanah pula seterusnya disampaikan oleh Encik Abdul Aziz dari Kelab Memanah Zulfaqor yang menyentuh serba sedikit tentang:
  • Sukan memanah dan kaitannya dengan perawatan penyakit berkaitan tulang belakang dan 'mild stroke'.
  • Info tentang kekuatan busur yang digunakan boleh mencecah sehingga 120 paun, dan jarak jauh panahan boleh mencecah sehingga 850 meter.
  • Penerangan tentang penggunaan Busur Moden dan Busur Tradisional.
  • Peringatan tentang memanah: Jangan tarik busur tanpa anak panah.

~ Sekian Cikgu Naza melaporkan :) ~

Monday, January 25, 2016

Negeri-negeri yang Bercuti dan Tidak Bercuti Sempena Hari Thaipusam

Hari Thaipusam adalah merupakan suatu perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia.

Di Malaysia, tempat-tempat yang kebiasaannya menjadi tumpuan bagi sambutan Hari Thaipusam adalah seperti Batu Caves (Selangor), George Town (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Tampoi (Johor), dan juga di lain-lain tempat.

Hari Thaipusam juga adalah merupakan CUTI UMUM (public holiday) di beberapa buah negeri seperti: 
  • Selangor.
  • Negeri Sembilan. 
  • Johor. 
  • Perak.
  • Pulau Pinang. 
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (diumumkan pada 20hb Januari 2008).

Negeri-negeri yang TIDAK atau BELUM menjadikan Hari Thaipusam sebagai cuti umum pula adalah:
  • Pahang.
  • Perlis. 
  • Kelantan. 
  • Terengganu. 
  • Sabah.
  • Sarawak.  
  • Melaka.

Di Kedah pula, Hari Thaipusam adalah dikira sebagai cuti peristiwa.

Sumber rujukan: Hari Thaipusam


Thursday, December 17, 2015

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Kerajaan Bagi Tahun 2016

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan kerajaan (Malaysia) bagi tahun 2016.

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
21hb Januari 2016
Khamis
-
Februari
25hb Februari 2016
Khamis
Tahun Baru Cina 08 & 09hb Februari 2016
Mac
24hb Mac 2016
Khamis
-
April
25hb April 2016
Isnin
-
Mei
24hb Mei 2016
Selasa
Pesta Keamatan 30 & 31hb Mei 2016
Jun
23hb Jun 2016
Khamis
Hari Gawai 01 & 02hb Jun 2016
Julai
25hb Julai 2016
Isnin
Hari Raya Puasa 06 & 07hb Julai 2016
Ogos
25hb Ogos 2016
Khamis
-
September
22hb September 2016
Khamis
Hari Raya Haji 12hb September 2016
Oktober
20hb Oktober 2016
Khamis
Deepavali 29hb Oktober 2016
November
24hb November 2016
Khamis
-
Disember
20hb Disember 2016
Selasa
Hari Krismas 25hb Disember 2016

Sumber: Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Bilangan 3 Tahun 2015) bertarikh 27hb November 2015.


Wednesday, November 11, 2015

Tarikh Keputusan Peperiksaan UPSR 2015

----- * -----


KENYATAAN AKHBAR

PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2015

Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 17 November 2015.

Pada tahun ini, seramai 455,929 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2015 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 17 November 2015 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 23 November 2015.

Kementerian Pendidikan Malaysia
4 November 2015

----- * -----


Sunday, August 30, 2015

We are a World Record Holder!

Salam Merdeka 2015.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Silat Cekak Pusaka Hanafi diatas kejayaan mencatat Rekod Dunia dalam kategori 'The Largest Silat Lesson' bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 29hb OGOS 2015 dengan menghimpunkan seramai 12,393 orang peserta.


Terima kasih juga atas jemputan untuk turut sama menyertai acara yang bertaraf dunia ini.

Silat Cekak Pusaka Hanafi, You're Oficially Amazing!






Tuesday, August 11, 2015

MySilat MyFest 2015

'MySilat MyFest 2015' adalah satu program himpunan 'Satu Suara Satu Hati' bagi tujuan Persembahan Silat Terbesar di Dunia.

Program ini juga adalah suatu percubaan untuk mencatat Rekod Dunia 'Guiness World Record' yang dijadualkan berlangsung pada 29hb OGOS 2015 (Sabtu), bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Malaysia.

Penganjur utama bagi program 'MySilat MyFest 2015' ini ialah Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM).

Penganjur utama juga menjemput SELURUH RAKYAT MALAYSIA berusia 13 tahun ke atas yang beragama Islam, untuk turut sama menyertai bagi percubaan untuk mencatat rekod dunia ini.

Sebarang kerjasama daripada pihak Sekolah / Organisasi / Kolej / IPT / NGO / dll untuk menjadi sebagai rakan strategik bagi program ini juga amat dialu-alukan oleh pihak penganjur utama. Sijil penglibatan bagi individu/organisasi juga adalah disediakan.


Kepada yang berminat untuk menyertai sebagai PESERTA, pendaftaran secara online boleh dibuat @ www.50tahunsilatcekak.com/mysilat

Pihak penganjur utama juga menjemput mereka yang berumur 18 tahun ke atas (bukan ahli PSSCPUHM) yang berminat untuk menjadi SUKARELAWAN bagi program MySilat MyFest 2015 ini untuk >>> DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN DI SINI <<< . Sijil penglibatan sukarelawan juga disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan wakil PSSCPUHM, En. Mohamed Ses bin Kasim di nombor 012-713 8924.


Nota Terkini