Wednesday, April 27, 2016

Gabenor Bank Negara Malaysia Baharu

Sumber: Utusan Online
Oleh: NORLIZA ABD RAHMAN, 27 April 2016 3:03 PM

Muhammad dilantik Gabenor Bank Negara

PUTRAJAYA 27 April - Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu bagi tempoh lima tahun bermula 1 Mei depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan tersebut dibuat hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat beliau.

“Saya yakin di bawah kepemimpinan beliau Bank Negara akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dalam mengawal selia industri kewangan negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara membangunkan industri kewangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Datuk Muhammad Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Nota Terkini