Nota Terkini

Monday, January 25, 2016

Negeri-negeri yang Bercuti dan Tidak Bercuti Sempena Hari Thaipusam

Hari Thaipusam adalah merupakan suatu perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia.

Di Malaysia, tempat-tempat yang kebiasaannya menjadi tumpuan bagi sambutan Hari Thaipusam adalah seperti Batu Caves (Selangor), George Town (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Tampoi (Johor), dan juga di lain-lain tempat.

Hari Thaipusam juga adalah merupakan CUTI UMUM (public holiday) di beberapa buah negeri seperti: 
  • Selangor.
  • Negeri Sembilan. 
  • Johor. 
  • Perak.
  • Pulau Pinang. 
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (diumumkan pada 20hb Januari 2008).

Negeri-negeri yang TIDAK atau BELUM menjadikan Hari Thaipusam sebagai cuti umum pula adalah:
  • Pahang.
  • Perlis. 
  • Kelantan. 
  • Terengganu. 
  • Sabah.
  • Sarawak.  
  • Melaka.

Di Kedah pula, Hari Thaipusam adalah dikira sebagai cuti peristiwa.

Sumber rujukan: Hari Thaipusam


1 comment:

  1. Assalamualaikum Cikgu.Anak saya menghadapi masalah didalam beberapa topik matematik. Saya google dan terjumpa blog cikgu. In fact saya sendiri pon lupa. Tapi setelah 2 minit melihat, membaca dan memahami, saya dapat apa yang anak saya tak dapat. Tq cikgu. Akan saya gunakan untuk mengajar anak saya nanti!

    ReplyDelete