Nota Terkini

Sunday, January 31, 2016

Program Pendedahan Awal Sunnah Berkuda dan Memanah

Program Pendedahan Awal Sunnah Berkuda dan Memanah ini dianjurkan oleh MAEPS Management Sdn Bhd bersama Rubinga Heritage, seperti berikut:

Tarikh: 31hb Januari 2016 (Ahad)
Masa: 8.00 - 12.00 tengahari
Lokasi: Laman Ternakan MAEPS Serdang


Peserta adalah terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah telah menghantar penyertaan seramai 40 orang ke program tersebut.


Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg Datuk Dr. Hj. Mohamad Satim Diman, yang juga menerangkan serba sedikit tentang sejarah memanah & berkuda ini (rekreasi Nabi Muhammad s.a.w.: berkuda, memanah dan berenang).

Program diteruskan dengan penerangan tentang sukan berkuda oleh Encik Roslan, Pengasas Rubinga Heritage dan Kolonel Fakrur Razi yang menceritakan tentang:
  • Tentera Unit Berkuda di Istana Negara, Malaysia.
  • Disiplin berkuda (jumping, cross country, archery on horse back, polo, dll).
  • Berkuda sebagai medium perubatan.
  • Kelebihan sukan berkuda, meningkatkan kekuatan fokus, kekuatan jati diri, dan sifat kepimpinan. 

Penerangan tentang sukan memanah pula seterusnya disampaikan oleh Encik Abdul Aziz dari Kelab Memanah Zulfaqor yang menyentuh serba sedikit tentang:
  • Sukan memanah dan kaitannya dengan perawatan penyakit berkaitan tulang belakang dan 'mild stroke'.
  • Info tentang kekuatan busur yang digunakan boleh mencecah sehingga 120 paun, dan jarak jauh panahan boleh mencecah sehingga 850 meter.
  • Penerangan tentang penggunaan Busur Moden dan Busur Tradisional.
  • Peringatan tentang memanah: Jangan tarik busur tanpa anak panah.

~ Sekian Cikgu Naza melaporkan :) ~

No comments:

Post a Comment