Wednesday, November 11, 2015

Tarikh Keputusan Peperiksaan UPSR 2015

----- * -----


KENYATAAN AKHBAR

PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2015

Keputusan Peperiksaan UPSR 2015 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 17 November 2015.

Pada tahun ini, seramai 455,929 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2015 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 17 November 2015 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 23 November 2015.

Kementerian Pendidikan Malaysia
4 November 2015

----- * -----


No comments:

Post a Comment

Nota Terkini