Friday, June 03, 2016

Promosi Sampul Duit Raya Custom-made 2016

Hari ni dah masuk 3hb Jun 2016. InsyaAllah 6hb Jun 2016 nanti dah masuk bulan Ramadhan 1437H, dimana semua umat Islam akan menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Tarikh 6hb Julai 2016 pula, insyaAllah 1 Syawal 1437H, Hari Raya Aidilfitri.

Sudah menjadi kebiasaan umat Islam di Malaysia, dimana pada kebiasaannya akan memperuntukkan sedikit bajet untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak, saudara mara, jiran-jiran atau sesiapa jua sempena menyambut Aidilfitri.

Kalau dulu-dulu, duit raya diberi begitu sahaja tanpa ada sampul, tapi sekarang ni seakan sudah menjadi 'trend' dimana duit raya akan dimasukkan ke dalam sampul duit raya, lebih kurang macam 'angpau' kalau dalam masyarakat Cina, cuma sampul duit raya ni pula dicetak mengikut tema yang bersesuaian dengan Aidilfitri.

Baru-baru ni ada seorang sahabat yang menjalankan perniagaan 'printing' menawarkan servis mencetak sampul duit raya mengikut 'design' kehendak pelanggan / tempahan khas (custom-made), dimana sebelum-sebelumnya kami pernah berurusan dengannya untuk perkhidmatan 'printing' yang dijalankannya. Alhamdulillah, servis tip top!

Kalau ada mana-mana jabatan, sekolah, organisasi atau individu-individu yang berhasrat untuk menempah khas sampul duit raya 'custom-made' ini pada harga yang murah dan berpatutan, kami mengesyorkan anda menggunakan servis sahabat ini.

Promosi Sampul Duit Raya Custom-made beliau adalah seperti berikut:
  • Kertas yang digunakan: 128 gsm art paper.
  • Minimum Order Quantity: 1000 pcs (boleh pakat-pakat dengan rakan-rakan lain untuk cukupkan 1000 pcs).
  • Custom-made design: Pocket Style, RM330 untuk 1000 pcs.
  • Custom-made design: Wallet Style, RM360 untuk 1000 pcs.
  • Tarikh akhir promosi: 15hb Jun 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai servis ini, sila hubungi:
  1. Zulfikri @ 019-333 8825
  2. Farif @ 019-606 7331

Selamat menyambut Ramadan 1437H seterusnya Syawal 1437H. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.


No comments:

Post a Comment

Nota Terkini