Monday, March 18, 2013

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10.00 pagi, 21hb Mac 2013 hingga jam 11.59 malam, 27hb Mac 2013

Taipkan: 
SPM  NoKP  AngkaGiliran 
dan SMS ke 15888

Contoh mesej penghantaran:
SPM  950527031543  MA222A333
dan SMS ke 15888

* Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi

Perkhidmatan ini adalah hak cipta Kerajaan Malaysia. Talian bantuan 03-5569 2840 atau emel careline@15888.my. Caj penghantaran RM0.50. Caj penerimaan RM0.20



KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012
18 March 2013

KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

Butiran calon adalah seperti jadual di bawah:

Bil
Jenis Calon
Jumlah Calon
1.
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
415,530
2.
Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM)
7,708
3.
Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
7,946
4.
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
11,309
5.
Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
28,148
6.
Calon Persendirian
1,900
Jumlah Besar
472,541


Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.


Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

14 Mac 2012


No comments:

Post a Comment

Nota Terkini