Friday, March 13, 2009

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia; Message, 13/03/2009

Tuan,

Pemberitahuan Tidak Mengeluarkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2008

LHDNM mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk memfailkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2007.

2. Sehubungan itu, Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2008 tidak akan dikeluarkan kepada tuan. Tuan boleh terus menggunakan perkhidmatan e-Filing untuk memfailkan Borang B / BE / P Tahun Taksiran 2008. Sila layari laman web LHDNM https://e.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.

3. Tarikh akhir pengemukaan borang nyata ialah seperti berikut:

a) Borang BE Tahun Taksiran 2008 (pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan).
Tarikh Akhir Pengemukaan, 30 April 2009

b) Borang B Tahun Taksiran 2008 (pemastautin yang menjalankan perniagaan).
Tarikh Akhir Pengemukaan, 30 Jun 2009

c) Borang P Tahun Taksiran 2008.
Tarikh Akhir Pengemukaan, 30 Jun 2009

4. Sekiranya tuan terlupa Kata Laluan bagi Sijil Digital, sila layari laman web di atas dan klik menu ‘Terlupa Kata Laluan’. Untuk set semula kata laluan, tuan perlu ingat Petunjuk Kata Laluan dan jawapannya. Sekiranya tuan gagal untuk set semula kata laluan, sila hubungi cawangan LHDNM yang terdekat atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MEMBANGUN NEGARA”

Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

No comments:

Post a Comment

Nota Terkini