Nota Terkini

Friday, September 25, 2015

Pelancaran Digital Campus 2015


Memperkasa Belia Untuk Maju Bersama Kepesatan Ekonomi, Digital Campus 2015 kembali dengan penanda aras yang lebih tinggi dan tampil dengan edisi Asean

Kuala Lumpur, 23hb September 2015 - Membesar dalam integrasi budaya teknologi, permainan elektronik, hubungan komunikasi, pembelajaran dan personalisasi, golongan belia adalah golongan yang paling mahir memacu dunia teknologi. Kebanyakkan mereka, dunia tiada sempadan di hujung jari mereka dan semuanya terhad pada gajet dan permainan elektronik yang mereka mainkan.

Menyedari masa depan akan ditunjangi oleh pencipta dan bukan pengguna, Digital Campus kembali untuk tahun kedua berturut-turut dengan inisiatif multi-tier yang diurustadbir oleh Eduspec Holdings Berhad dan Youth On Unity (Y.O.U), dan disokong oleh CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Digital Campus adalah wadah untuk belia di Malaysia mengembangkan sisi kreatif dan inovasi melalui pembelajaran digital dan seterusnya menggunakan ilmu itu dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun pentas pada tahun ini adalah lebih besar dengan menampilkan Digital Campus ASEAN. Edisi ASEAN DC akan menyaksikan penglibatan peserta yang lebih ramai dengan acara pertandingan seperti "coding", robotik dan seni digital inovasi, akan dibuka untuk tiga negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam. "Misi dan matlamat utama kami adalah memperkasakan belia dengan mencipta dan berinovasi dengan teknologi. Kami berhasrat untuk mengembangkan ke negara Asean yang lain. 

Kami percaya belia harus berfikir secara digital untuk memperkembangkan daya cipta mereka. Kami merasakan tiada cara lain yang lebih baik selain daripada membuka penyertaan kepada negara jiran,” ujar E H Lim, CEO Eduspec Holding Berhad. "Ini juga membuka ruang dan peluang untuk belia walau di mana pun mereka berada dan matlamat kami adalah untuk mengembangkan pengetahuan dan pendedahan mengenai dunia digital," tambahnya lagi.

Acara kemuncak adalah tiga pertandingan yang terbuka untuk pelajar-pelajar seluruh negara ASEAN.

Pelajar digalakkan untuk mewakili sekolah mereka dalam kategori pilihan mereka. Mereka sama ada boleh mengambil bahagian dalam WeCode, iaitu pertandingan pengkodan (coding), "International Robothon" iaitu pertandingan robotik, atau pertandingan seni digital dan animasi. Setiap kategori pertandingan diubah dengan teliti untuk menyerlahkan sisi kreatif terbaik belia daripada sudut digital.

Untuk kategori WeCode, cabaran pasukan-pasukan adalah untuk menghasilkan ciptaan asli mereka sama ada dalam permainan, hiburan atau program animasi untuk pelajar sekolah rendah; dan permainan elektronik atau aplikasi hiburan dan pembelajaran untuk pelajar sekolah menengah. Zach Mark iaitu pengasas dan pencipta "Grom Social" akan manghadiri untuk pusingan terakhir nanti.

Acara ini juga akan menyaksikan Cybersecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengadakan taklimat mengenai topik tentang cara menjadi warga digital yang unggul dalam usaha mempromosikan aspek keselamatan cyber.

Pasukan yang menyertai acara Robothon akan membina dan memprogram sebuah robot yang boleh melakukan pelbagai tugas dan menunjukkan penyelesaian masalah yang selalu dihadapi oleh jurutera dalam tugasan harian mereka. Ianya adalah berasaskan tema EcoWatch.

Tiada batasnya untuk menonjolkan sisi kreatif dalam seni digital dan animasi. Pelajar sekolah rendah akan menghasilkan hasil seni digital mereka berdasarkan tema ‘Kehidupan pada abad ke 23’ dan bagi pelajar sekolah menengah temanya adalah ‘Dunia Fantasi’. 

Tahun ini, DC amat teruja untuk bekerjasama dengan Grom Social, iaitu sebuah jaringan sosial digital yang dicipta oleh kanak-kanak untuk kanak-kanak. Jaringan sosial digital ini dicipta istimewa untuk kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah.

Grom Social dan Facebook adalah dua tempat untuk pelajar-pelajar menghantar hasil kerja mereka dan disitu juga hasil kerja mereka akan dipamerkan. Pelajar sekolah rendah akan menyerahkan hasil kerja mereka melalui khidmatan Grom Social dan pelajar sekolah menengah di Facebook. 

"Kami amat berbangga dapat menyediakan wadah berupa DC seni digital dan animasi 2015. Pertandingan ini membuka peluang yang menarik dan luar biasa untuk kanak-kanak mengembangkan bakat seni digital mereka, berhubung dengan kanak-kanak lain dan mendapat pengiktirafan untuk hasil kerja mereka. Kami sangat teruja untuk menjadi penganjur bagi pertandingan hasil seni untuk peserta," demikian ujar Zach Marks, pengasas Grom Social yang berumur 15 tahun.

Setiap pasukan akan bertanding pada peringkat kebangsaan sehingga mereka layak ke peringkat akhir. Pertandingan akhir untuk seni digital dan animasi akan diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 8hb November diikuti dengan pertandingan Robothon, di Ho Chi Minh, Vietnam pada 29hb November dan WeCode di Kuala Lumpur Malaysia pada 6hb Disember.

"Selain daripada menyediakan wadah agar belia-belia dapat mengekspresikan bakat mereka dengan menggabungkan seni dan teknologi, kami juga mahu golongan belia belajar dan berkenalan antara satu sama lain," tambah Mohd Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd Najib, Pengerusi untuk Youth On Unity.

"Ini akan membantu mereka mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada selain daripada meluaskan pemandangan mereka mengenai kepelbagaian budaya rakan-rakan mereka dari negara lain. Kami berharap agar golongan belia dapat memupuk minat daripada penggunaan komputer yang berteknologi tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Akhirnya, mereka dapat memacu negara ke hadapan apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan,” ujar beliau lagi semasa upacara pelancaran bersama En. Lim.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, para pelajar boleh mendaftar dan mendapat informasi dari portal www.eduplay.com.my atau di http://www.gromsocial.com/Eduplay dan www.fb.com/eduplayasean

Ketua Pegawai Eksekutif Eduspec Holdings Bhd, EH Lim 
memberi ucapan alu-aluan kepada para tetamu dan media.


Pengerusi Youth on Unity (Y.O.U.), Mohd Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd Najib 
memberi ucapan mengenai Kampus Digital 2015.


Dari kiri - Ketua Pegawai Eksekutif Eduspec Holdings Bhhd, E H Lim; 
Pengerusi Youth on Unity (Y.O.U.), Mohd Nazifuddin bin Dato' Sri Mohd Najib; 
Naib Presiden Outreach & Capacity Building CyberSecurity Malaysia, Lt Kol Mustaffa bin Ahmad 
dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), 
Kementerian Pelajaran, Mohd Yong merasmikan Digital Campus 2015.


Dari kiri - Naib Presiden Outreach & Capacity Building CyberSecurity Malaysia, 
Lt Kol Mustaffa bin Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Eduspec Holdings Bhd, E H Lim; 
Pengerusi Youth on Unity (Y.O.U.), Mohd Nazifuddin bin Dato 'Sri Mohd Najib; 
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), 
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah Eduspec Holdings Bhd, 
Tan Sri Dato Haji Ali Muddin bin Haji Mohd Dom 
melancarkan Digital Campus 2015.


Ahli panel pakar-pakar industri, (dari kiri) Atiq Rahman, bekas johan Robotik di 
National and regional level; Azizul Hakim (Joe), dari Gam Studios; 
Christopher Tock, dan pengacara majlis.

No comments:

Post a Comment