Tuesday, November 04, 2008

21,828 lepasan STPM layak ke universiti tahun ini

KOSMO!

KUALA LUMPUR - Seramai 21,828 pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau 54.3 peratus daripada 47,182 pemohon telah diterima melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2008/2009.

Daripada jumlah itu, seramai 754 pelajar diklasifikasikan pelajar cemerlang yang memperoleh sekurang-kurangnya 90 peratus dalam pencapaian akademik dan lima peratus pencapaian kokurikulum.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, sebanyak 70 peratus daripada pela- jar itu adalah bukan bumiputera.

"Pelajar bukan bumiputera lebih ramai yang cemerlang kerana STPM memang menyediakan peluang yang lebih kepada mereka," katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.

Terdahulu semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Harun menjelaskan, terdapat lima kursus kritikal yang menjadi rebutan, antaranya perubatan, farmasi dan pergigian.

"Kita menyedari terdapat pelajar yang gagal mendapat kursus seperti yang dipohon kerana beberapa faktor, maka sebab itulah kementerian meletakkan lima pilihan kursus.

"Apapun, kementerian sedang mengaturkan bagaimana pelajar cemerlang ini akan ditawarkan kursus kritikal," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Nota Terkini